Sunday, December 7, 2014
Sunday, November 2, 2014
Assalamualaikum & Selamat sejahtera,
Futsal turut juga dikenali dengan berbagai nama lain.
Istilah "futsal" adalah istilah internasionalnya, berasal dari kata
Spanyol atau Portugis, futbol dan sala. Permainan futsal kini dilihatmenjadi trend dunia tidak kira pada peringkat umurnya.Sekarang ini permaian futsal tidak hanya berpihak kepada golongan lelaki sahaja , malahan golongan wanita juga tidak terkecuali untuk bermain. Namun untuk menjadi permainan ini lebih menarik serta membolehkan lebih profesinal, pemain mestilah mengetahui serta mendalami apa itu "FUTSAL".
Tujuan menubuhkan blog ini adalah:
Tujuan menubuhkan blog ini adalah:
- Memberikan pengenalan berkenaan dengan permainan 'FUTSAL'.
- Memberikan pendekatan mengenai peraturan-peraturan sebenar futsal
- Memberi tunjuk ajar berkenaan bagaimana dan cara mengelecek, menghantar, menyepak serta taktikal terbaik permaianan futsal dan lain-lain.
Peraturan :
- Terdiri daripada 5 orang pemain bagi sebelah padang,
termasuk penjaga gol.
- Boleh mempunyai sehingga 7 orang pemain gantian bagi
sesebuah kumpulan.
- Penggantian pemain boleh dilakukan berapa kali pun, walaupun
permainan sedang berlangsung.
- Jika bilangan pemain bagi sesuatu kumpulan kurang daripada 3
orang, permainan akan ditamatkan/dibatalkan.
- Pakaian terdiri daripada jersi atau baju berlengan, seluar pendek, shinguard ( untuk melindungi
tulang betis ), stoking dan kasut bertapak getah.
- Permainan ini memerlukan 3 orang pengadil.
- Pengadil utama bertindak mengawal permainan perngadil kedua
bertindak menjaga garisan, dan yang ketiga akan menggantikan pengadil kedua
jika berlaku apa-apa masalah terhadap pengadil pertama dan kedua.
- Mengandungi 2 sesi permainan. Biasanya dimainkan dalam
tempoh 20 minit bagi satu sesi.
- Tempoh rehat di antara keduanya tidak boleh melebihi 15
minit.
- Bola yang digunakan mestilah sfera, berukur-lilit 62 - 64
cm, dan berat antara 400 - 440 g.
Asas Peraturan Permainan Futsal
Menggelecek Bola:
Memiliki skill individu sangat penting dalam permainan futsal
kerana ia dapat mengucar-kacirkan pihak musuh. Dengan ini benteng
musuh akan mudah ditembusi untuk kita menjaringkan gol. Robinho, Gabriel Lima, Ricardinho dan Falcao sebagian
besarnya mempunyai skill individu yang tinggi serta merupakan watak penting
dalam pasukan. Dan cara mengeleceh mempunyai banyak teknik yang memerlukan
pratikal
NAMA-NAMA PEMAIN FUTSAL TERBAIK EROPAH 2014
Ricardinho |
Gabriel Lima |
Eder Lima |
Falcoa |
TEKNIK MENGGELECEK
.
SPESIFIKASI PADANG FUTSAL
- Saiz padang yang berkeluasan 40m x 20m
- Mempunyai pembahagi padang dan terdapt pusat bulatan berjejari 3m
- Mempunyai dua gol berukuran tinggi x lebar @ 2m x 3m di hujung kedua-dua belah padang
- Mempunyai titik pinalti pertama digambarkan 6 m dari titik tengah antara kedua palang gol dengan jarak yang sama.
- Titik pinalti kedua digambarkan di lapangan 10 m dari titik tengah antara kedua tiang gawang dengan jarak yang sama.
- Mempunyai kawasan tendangan sudut yang dibuat daripada 1/4 bulatan di bucu kiri dan kanan gol.
- Mempunyai kawasan panalti yang bejejari 6m dibina daripada 1/4 bulatan yang berpusat dari kedua-dua belah tiang gol kemudian disambungkan menjadi separuh bulatan.
UNDANG-UNDANG,KESALAHAN, HUKUMAN
Pra Perlawanan
- Lentingan syiling dilakukan dan pasukan yang menang lentingan itu memilih bahagian gol yang akan diserang pada separuh masa pertama.
- Pasukan lawannya akan membuat sepak mula untuk permulaan perlawanan.
- Pasukan yang menang lentingan syiling akan membuat sepak mula bagi permulaan bahagian kedua perlawanan.
- Pada separuh masa kedua perlawanan, pasukan-pasukan akan bertukar tempat untuk menyerang gol yang bertentangan.
Sepak Mula
-Sepak mula ialah suatu cara untuk permulaan atau memulakan
semula permainan.
- pada permulaan perlawanan
- selepas gol dijaringkan
- pada permulaan separuh masa kedua
- pada permulaan setiap separuh masa dalam masa tambahan (jika berkaitan)
Gol boleh dijaringkan terus dari sepak mula.
Prosedur
- semua pemain berada di dalam kawasannya sendiri.
- pihak lawan kepada pasukan yang membuat sepak mula berada sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari bola sehingga ia berada di dalam permainan.
- bola diletak tidak bergerak di tanda tengah.
- Pengadil memberi isyarat.
- bola dikira dalam permainan sebaik saja ia disepak dan bergerak ke hadapan.
- penyepak tidak boleh memainkan bola itu kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain.
Selepas sesuatu pasukan membuat jaringan, sepak mula akan
dibuat oleh pihak lawannya.
Kesalahan dan Hukuman
1)Jika penyepak menyentuh bola kali kedua sebelum ia disentuh
oleh pemain lain:
- sepakan percuma tidak terus diberi kepada pihak lawan yang dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).
Untuk kesalahan-kesalahan lain dalam prosedur sepak mula:
• sepak mula dibuat semula
Jatuhan Bola
Jatuhan bola adalah cara untuk memulakan semula permainan
selepas pemberhentian sementara diperlukan, semasa bola di dalam permainan,
untuk apa jua sebab yang tidak disebut di mana-mana bahagian Undang-undang
Permainan.
Prosedur
Pengadil membuat jatuhan bola di tempat bola berada semasa
permainan diberhentikan kecuali jika permainan diberhentikan sementara di dalam
kawasan gol, jatuhan bola hendaklah dibuat di atas garisan kawasan gol yang
selari dengan garisan gol di tempat paling hampir di mana bola berada semasa
permainan diberhentikan.
Permainan dimulakan semula sebaik saja bola mencecah tanah.
Kesalahan dan Hukuman
Bola dijatuhkan semula jika;
• disentuh oleh pemain sebelum ia mencecah tanah
• terkeluar dari padang permainan setelah ia mencecah tanah,
tanpa disentuh oleh mana-mana pemain.
TIP-TIP SEBELUM PERLAWANAN
1. Lakukan pemanasan dan pendinginan
2. Tendang dengan ujung kaki
Dengan beratnya bola futsal, anda dianjurkan untuk menendang
bola dengan ujung kaki/jari-jari kaki, maka tendangan anda akan sangat keras.
Tendangan memisang tidak terlalu dianjurkan karena masalah lapangan yang kecil
lagi. Tips ini sering saya gunakan dalam melakukan tendangan free kick karena
terbukti bisa mencetak gol.
3. Jangan minum atau makan terlalu banyak
4. Hindari terlibat kontak fizik
Peraturan futsal sama ketatnya dengan bola sepak . Kontak fizikal secara serius
akan diberi pelanggaran, dan anda juga tidak boleh menyapu kaki lawan anda. .
5. Bermain pantas dan berputar
Permainan baik ialah
dengan tempo irama cepat dan tidak terlalu lama memegang bola, dan
disarankan agar setelah membuat hantaran secepatnya mencari posisi yang baik
untuk menerima bola. Posisi tegap tidak sesuai untuk permainan futsal.
Subscribe to:
Posts (Atom)