Sunday, November 2, 2014


Assalamualaikum & Selamat sejahtera,


Futsal turut juga dikenali dengan berbagai nama lain. Istilah "futsal" adalah istilah internasionalnya, berasal dari kata Spanyol atau Portugis, futbol dan sala. Permainan futsal kini dilihatmenjadi trend dunia tidak kira pada peringkat umurnya.Sekarang ini permaian futsal tidak hanya berpihak kepada golongan lelaki sahaja , malahan golongan wanita juga tidak terkecuali untuk bermain. Namun untuk menjadi permainan ini  lebih menarik serta membolehkan lebih profesinal, pemain mestilah mengetahui serta mendalami apa itu "FUTSAL".


Tujuan menubuhkan blog ini adalah:

  1. Memberikan pengenalan berkenaan dengan permainan 'FUTSAL'.
  2. Memberikan pendekatan mengenai peraturan-peraturan sebenar futsal
  3. Memberi tunjuk ajar berkenaan bagaimana dan cara mengelecek, menghantar, menyepak serta taktikal terbaik permaianan futsal dan lain-lain.



PASUKAN FUTSAL MALAYSIA 2O14

Peraturan :
  1. Terdiri daripada 5 orang pemain bagi sebelah padang, termasuk penjaga gol.
  2. Boleh mempunyai sehingga 7 orang pemain gantian bagi sesebuah kumpulan.
  3. Penggantian pemain boleh dilakukan berapa kali pun, walaupun permainan sedang berlangsung.
  4. Jika bilangan pemain bagi sesuatu kumpulan kurang daripada 3 orang, permainan akan ditamatkan/dibatalkan.
  5. Pakaian terdiri daripada jersi atau baju berlengan,  seluar pendek, shinguard ( untuk melindungi tulang betis ), stoking dan kasut bertapak getah.
  6. Permainan ini memerlukan 3 orang pengadil.
  7. Pengadil utama bertindak mengawal permainan perngadil kedua bertindak menjaga garisan, dan yang ketiga akan menggantikan pengadil kedua jika berlaku apa-apa masalah terhadap pengadil pertama dan kedua.
  8. Mengandungi 2 sesi permainan. Biasanya dimainkan dalam tempoh 20 minit bagi satu sesi.
  9. Tempoh rehat di antara keduanya tidak boleh melebihi 15 minit.
  10. Bola yang digunakan mestilah sfera, berukur-lilit 62 - 64 cm, dan berat antara 400 - 440 g.


Asas Peraturan Permainan Futsal



Menggelecek Bola:

Memiliki skill individu sangat penting dalam permainan futsal kerana ia dapat mengucar-kacirkan pihak musuh. Dengan ini benteng musuh akan mudah ditembusi untuk kita menjaringkan gol. Robinho, Gabriel Lima, Ricardinho dan Falcao sebagian besarnya mempunyai skill individu yang tinggi serta merupakan watak penting dalam pasukan. Dan cara mengeleceh mempunyai banyak teknik yang memerlukan pratikal


NAMA-NAMA PEMAIN FUTSAL TERBAIK EROPAH 2014


Ricardinho
Gabriel Lima
Eder Lima

Falcoa




TEKNIK MENGGELECEK 




.
SPESIFIKASI PADANG FUTSAL

  • Saiz padang yang berkeluasan 40m x 20m
  • Mempunyai pembahagi padang dan terdapt pusat bulatan berjejari 3m
  • Mempunyai dua gol berukuran tinggi x lebar @ 2m x 3m di hujung kedua-dua belah padang
  • Mempunyai titik pinalti pertama digambarkan 6 m dari titik tengah antara kedua palang gol dengan jarak yang sama.
  • Titik pinalti kedua digambarkan di lapangan 10 m dari titik tengah antara kedua tiang gawang dengan jarak yang sama.
  • Mempunyai kawasan tendangan sudut yang dibuat daripada 1/4  bulatan di bucu kiri dan kanan gol.
  • Mempunyai kawasan panalti yang bejejari 6m dibina daripada 1/4 bulatan yang berpusat dari kedua-dua belah tiang gol kemudian disambungkan menjadi separuh bulatan.


UKURAN PADANG FUTSAL




|



UNDANG-UNDANG,KESALAHAN, HUKUMAN



Pra Perlawanan
  • Lentingan syiling dilakukan dan pasukan yang menang lentingan itu memilih bahagian gol yang akan diserang pada separuh masa pertama.
  • Pasukan lawannya akan membuat sepak mula untuk permulaan perlawanan.
  • Pasukan yang menang lentingan syiling akan membuat sepak mula bagi permulaan bahagian kedua perlawanan.
  • Pada separuh masa kedua perlawanan, pasukan-pasukan akan bertukar tempat untuk menyerang gol yang bertentangan.


Sepak Mula
-Sepak mula ialah suatu cara untuk permulaan atau memulakan semula permainan.

  •  pada permulaan perlawanan
  • selepas gol dijaringkan
  • pada permulaan separuh masa kedua
  • pada permulaan setiap separuh masa dalam masa tambahan (jika berkaitan)


Gol boleh dijaringkan terus dari sepak mula.

Prosedur
  • semua pemain berada di dalam kawasannya sendiri.
  • pihak lawan kepada pasukan yang membuat sepak mula berada sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari bola sehingga ia berada di dalam permainan.
  • bola diletak tidak bergerak di tanda tengah.
  • Pengadil memberi isyarat.
  • bola dikira dalam permainan sebaik saja ia disepak dan bergerak ke hadapan.
  • penyepak tidak boleh memainkan bola itu kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain.


Selepas sesuatu pasukan membuat jaringan, sepak mula akan dibuat oleh pihak lawannya.


Kesalahan dan Hukuman

1)Jika penyepak menyentuh bola kali kedua sebelum ia disentuh oleh pemain lain:

  • sepakan percuma tidak terus diberi kepada pihak lawan yang dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).


Untuk kesalahan-kesalahan lain dalam prosedur sepak mula:

• sepak mula dibuat semula

Jatuhan Bola
Jatuhan bola adalah cara untuk memulakan semula permainan selepas pemberhentian sementara diperlukan, semasa bola di dalam permainan, untuk apa jua sebab yang tidak disebut di mana-mana bahagian Undang-undang Permainan.


Prosedur
Pengadil membuat jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan kecuali jika permainan diberhentikan sementara di dalam kawasan gol, jatuhan bola hendaklah dibuat di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol di tempat paling hampir di mana bola berada semasa permainan diberhentikan.

Permainan dimulakan semula sebaik saja bola mencecah tanah.

Kesalahan dan Hukuman
Bola dijatuhkan semula jika;
• disentuh oleh pemain sebelum ia mencecah tanah

• terkeluar dari padang permainan setelah ia mencecah tanah, tanpa disentuh oleh mana-mana pemain.





TIP-TIP SEBELUM PERLAWANAN

1. Lakukan pemanasan dan pendinginan
 Melakukan pemanasan sebelum bermain sangat penting karena tanpa pemanasan anda akan merasa kaku dan cepat lelah saat bermain, bahkan bisa membuat urat Anda putus dikarenakan otot-otot yang sedang diam, namun secara spontan Anda menendang bola atau berlari. Tapi lakukanlah pemanasan jangan terlalu berlebihan dan lama, anda cukup melakukannya 5-7 menit, kalau berlebihan anda bakal merasa terlalu lelah saat bermain. Banyak latihan olahraga yang mendukung permainan futsal. Pemanasan seperti dalam latihan badminton akan menambah kecepatan kaki.

       
2. Tendang dengan ujung kaki
Dengan beratnya bola futsal, anda dianjurkan untuk menendang bola dengan ujung kaki/jari-jari kaki, maka tendangan anda akan sangat keras. Tendangan memisang tidak terlalu dianjurkan karena masalah lapangan yang kecil lagi. Tips ini sering saya gunakan dalam melakukan tendangan free kick karena terbukti bisa mencetak gol.

3. Jangan minum atau makan terlalu banyak
 Walaupun merasa sangat haus, minumlah secukupnya, jangan mengikuti hasrat, dan minumlah air yang tidak dingin dan tidak panas. Kekembungan mempengaruhi cara bermain Anda. terlebih minum terlalu banyak berakibat buruk bagi sarat dan jantung karena tubuh kita yang sedang panas berkeringat langsung di timpa dengan air, bisa jadi badan kita drop.


4. Hindari terlibat kontak fizik
Peraturan futsal sama ketatnya dengan  bola sepak . Kontak fizikal secara serius akan diberi pelanggaran, dan anda juga tidak boleh menyapu kaki lawan anda. .

5. Bermain pantas dan berputar
Permainan baik ialah  dengan tempo irama cepat dan tidak terlalu lama memegang bola, dan disarankan agar setelah membuat hantaran secepatnya mencari posisi yang baik untuk menerima bola. Posisi tegap tidak sesuai untuk permainan futsal.

No comments:

Post a Comment